Peribahasa


Simpulan Bahasa
Ada angin
Berperangai tidak seperti biasa pada sesuatu ketika
Ada hati
Ada kemahuan
Air muka
Rupa / Wajah
Ajak-ajak ayam
Ajakan yang tidak bersungguh-sungguh
Ambil angin
Keluar bersiar-siar
Anak angkat
Anak orang lain yang dipelihara sebagai anak sendiri
Anak bapa
Orang yang gagah atau berani
Anak buah
Orang yang berada dibawah jagaan seorang ketua
Anak emas
Orang yang sangat disayangi oleh ibu bapanya atau majikannya
Angkat kaki
Meninggalkan sesuatu tempat
Atas angin
Negara-negara di sebelah barat seperti Eropah dan Amerika Syarikat
Atas pagar
Tidak menyebelahi mana-mana pihak
Banyak lemak
Terlalu dimanjakan
Banyak mulut
Orang yang suka bercakap
Batu api
Penghasut
Batu loncatan
Sesuatu yang dijadikan asas atau alat untuk mencapai sesuatu tujuan
Bau-bau bacang
Hubungan persaudaraan yang jauh
Bawah angin
Negara-negara di sebelah Timur seperti Asia
Bekas tangan
Hasil kerja tangan seseorang
Berat mulut
Pendiam / Tidak suka bercakap
Berat tangan
Malas bekerja
Beri muka
Membiarkan seseorang bebas membuat sesuatu dengan sesuka hatinya
Besar kepala
Sombong / Degil
Bintang terang
Bernasib baik
Buah hati
Orang yang dikasihi / Kekasih
Buah mulut
Perkara yang menjadi tajuk perbualan orang ramai
Buah tangan
Hadiah yang dibawa ketika melawat
Bulat hati
Dengan bersungguh-sungguh / Sudah nekad
Bunga dedap
Perempuan yang wajahnya cantik tetapi tidak berbudi
Buruk siku
Mengambil balik apa-apa yang telah diberikan kepada orang lain
Cahaya mata
Anak
Cakap angin
Percakapan yang tidak berfaedah / Omong kosong
Cakar ayam
Tulisan yang buruk
Cangkul angin
Membuat kerja yang tidak berfaedah
Cari jalan
Berikhtiar atau berusaha untuk melakukan sesuatu
Cepat tangan
Suka mencuri
Dalam tangan
Sudah pasti dapat
Darah daging
Kaum kerabat / Sudah sebati
Durian runtuh
Keuntungan yang tidak disangka-sangka
Gaji buta
Gaji tanpa kerja
Gelap mata
Lupa akan diri kerana terpengaruh oleh wang
Gila bahasa
Kurang waras fikirannya
Golok kayu
Orang yang bodoh tetapi berlagak pandai
Harga diri
Kehormatan diri / Maruah diri
Harga mati
Harga tetap / Harga yang tidak dapat ditawar-tawar lagi
Hati batu
Degil / Tidak mempunyai belas kasihan
Hentam keromo
Membuat sesuatu tanpa berfikir panjang
Hidung belang
Lelaki yang suka mengganggu atau menggoda perempuan
Hidung tinggi
Sombong
Ikat perut
Menahan lapar
Isi hati
Perasaan
Jauh hati
Merajuk kerana tersinggung oleh perbuatan atau percakapan orang lain
Jinak-jinak merpati
Perempuan yang peramah dan mudah bergaul mesra tetapi sukar dipikat
Kacang hantu
Orang yang jahat dan suka mengganggu orang lain
Kaki ayam
Orang yang tidak berkasut
Kaki botol
Orang yang suka meminum minuman keras
Kecil hati
Merajuk / Tersinggung
Kepala angin
Tidak tetap perangainya
Kepala batu
Degil / Tidak mahu mendengar cakap
Kera sumbang
Tidak suka bercampur dengan orang lain
Keras kepala
Degil / Tidak mahu mengalah
Khabar angin
Berita yang belum tentu benarnya
Kucing bertanduk
Perkara yang mustahil berlaku
Kucing kurap
Orang yang dipandang hina
Kutu embun
Orang yang suka merayau hingga larut malam
Langkah kanan
Bernasib baik
Langkah kiri
Tidak bernasib baik
Langkah seribu
Lari pantas kerana ketakutan
Lidah biawak
Percakapan yang berubah-ubah
Lintah darat
Orang yang mengenakan harga yang tinggi atas pinjaman diberi (ahlong)
Lipas kudung
Pantas membuat kerja
Makan angin
Bersiar-siar untuk berehat
Makan angkat
Suka dipuji
Makan diri
Terlalu berduka cita atau menderita
Makan suap
Menerima rahsuah
Malu-malu kucing
Berpura-pura malu di hadapan orang
Mandi kerbau
Mandi dengan tidak bergosok (tidak bersih)
Mandi peluh
Bekerja kuat
Mata keranjang
Lelaki yang sangat suka melihat perempuan
Mati celik
Mati sebelum hajat tercapai
Mati katak
Mati dengan sia-sia
Muka dua
Berbaik-baik dengan kedua-dua pihak yang bermusuhan
Muka tembok
Tidak tahu malu
Mulut murai
Orang yang suka sangat bercakap atau membuat bising
Mulut tempayan
Orang yang tidak pandai menyimpan rahsia
Naik angin
Tidak dapat mengawal diri kerana terlalu marah
Naik darah
Menjadi marah
Nyawa-nyawa ikan
Hampir-hampir mati
Orang rumah
Isteri
Otak cair
Pandai / Cerdik
Otak kering
Lambat atau susah menerima pelajaran yang diajarkan
Otak udang
Bodoh
Paku belanda
Harga tetap / Harga yang tidak dapat ditawar-tawarkan lagi
Panas hati
Sangat marah
Panjang tangan
Suka mencuri
Pasang telinga
Mendengar dengan teliti atau bersungguh-sungguh
Patah hati
Kecewa / Tidak mahu berusaha lagi
Patah kandar
Hilang tempat bergantung
Pejam mata
Tidak mengambil tahu tentang sesuatu perkara
Pembasuh mulut
Minuman atau kuih yang dihidangkan selepas makan nasi
Penyapu baru
Rajin bekerja kerana baru menyandang jawatan itu
Perang dingin
Perang secara gertak-mengertak
Perang mulut
Bertengkar dengan menggunakan kata-kata kasar
Pilih kasih
Memberi layanan yang lebih kepada pihak yang disayangi / Berat sebelah
Pisau cukur
Perempuan yang suka menghabiskan harta benda lelaki
Puteri lilin
Perempuan yang tidak tahan panas
Putih mata
Gagal mencapai sesuatu
Rabun ayam
Tidak dapat melihat dengan jelas pada waktu senja
Raja sehari
Pengantin
Rambang mata
Sukar untuk membuat pilihan kerana semuanya kelihatan baik atau hampir serupa sahaja
Ringan kepala
Mudah memahami sesuatu yang diajarkan
Ringan mulut
Peramah / Suka bercakap-cakap
Ringan tangan
Suka menolong orang / Cepat membuat kerja
Ringan tulang
Rajin bekerja

Perumpamaan
Seperti kaduk naik junjung
Orang yang susah, tetapi mengada-ngada apabila mendapat pertolongan daripada orang lain
Seperti kera dapat bunga
Orang yang mendapat sesuatu barang, tetapi tidak tahu bagaimana hendak menggunakan barang itu
Seperti melukut di tepi gantang
Manusia yang merasakan dirinya tidak penting kepada orang lain kerana tidak memiliki apa-apa kuasa atau tidak dapat menghulurkan pertolongan kerana dirinya sendiri yang susah
Seperti rusa masuk kampung
Orang yang tidak pernah pergi ke bandar akan tercengang-cengang kehairanan apabila tiba di bandar
Bagai telur di hujung tanduk
Dalam keadaan yang amat genting silap sedikit sahaja boleh jadi rosak binasa
Bagai tikus membaiki labu
Orang yang tidak tahu membaiki sesuatu benda, tetapi cuba membaikinya sehinggakan benda tersebut menjadi rosak
Bagai ayam didalam kepuk
Mendapat rezeki yang banyak
Bagai bertepuk sebelah tangan
Perasaan kasih sayang yang datang daripada sebelah pihak sahaja
Bagai bulan jatuh ke riba
Mendapat untung banyak
Bagai bumi dengan langit
Terlalu berbeza
Bagai duri dalam daging
Sesuatu hal yang tidak menyenangkan hati
Bagai haruan makan anak
Perbuatan bapa yang sanggup menganiaya anak sendiri
Bagai itik pulang petang
Berjalan dalan keadaan berlenggang atau lambat
Bagai kaca jatuh ke batu
Perasaan hati yang remuk-redam atau hancur luluh kerana kecewa
Bagai katak di bawah tempurung
Orang yang kurang pengetahuan
Bagai melepaskan anjing tersepit
Menolong orang yang tidak tahu berterima kasih
Bagai melepaskan batok di tangga
Membuat sesuatu kerja sambil lewa dan cuai (asalkan siap) / Membuat sesuatu kerja tetapi tidak sampai selesai atau tidak sempurna
Bagai menarik rambut dalam tepung
Melakukan sesuatu pekerjaan dengan berhati-hati
Bagai menatang minyak yang penuh
Memelihara sesuatu dengan penuh kasih sayang
Bagai mencurah air ke daun keladi
Menasihati seseorang tetapi tidak memberi sebarang kesan
Bagai pahat dengan penukul
Orang yang hanya membuat kerja apabila diawasi atau disuruh
Bagai sirih pulang ke gagang
Sesuatu yang kena atau sesuai pada tempatnya / Kembali ke tempatnya
Seperti anak ayam kehilangan ibu
Akibat penceraian, orang yang ditinggalkan kehilangan pemimpin atau ibu bapa
Seperti anjing berebut tulang
Orang tamak yang berebutkan harta
Seperti anjing dengan kucing
Dua orang yang suka berkelahi apabila bertemu
Seperti api dalam sekam
Kejahatan yang berlaku secara diam-diam
Seperti aur dengan tebing
Hidup tolong-menolong antara satu sama lain
Seperti belut pulang ke lumpur
Orang yang pulang ke tempat asalnya setelah puas merantau
Seperti embun di hujung rumput
Sesuatu yang tidak kekal, lama-kelamaan akan hilang juga
Seperti enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
Orang yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan hal orang lain
Seperti harapkan pegar, pegar makan padi
Mengharapkan orang yang menolong kita, tetapi orang itu pula yang berkhianat
Seperti isi dengan kuku
Perhubungan yang sangat erat, tidak boleh dipisahkan
Seperti kacang lupakan kulit
Orang yang tidak tahu mengenang budi
Seperti kera sumbang
Takut atau malu hendak bercampur dengan orang lain
Seperti kerbau dicucuk hidung
Orang yang mengikut sahaja arahan atau suruhan orang lain
Seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul
Orang yang menyuruh orang lain berbuat betul, tetapi diri sendiri yang tidak betul
Seperti pinang dibelah dua
Pasangan yang padan
Seperti si buta mendapat tongkat
Menjadi sombong kerana beroleh kekayaan atau pangkat
Seperti ular kena palu
Keadaan sesuatu yang bengkang-bengkok atau tidak lurus

Bidalan
Ada gula, ada semut
Orang akan berkumpul di tempat yang senang mencari rezeki
Ada udang di sebalik batu
Mempunyai niat yang tertentu di sebalik perbuatan yang dilakukan
Air ditetak tidak akan putus
Pergaduhan antara adik-beradik itu tidak akan berpanjangan,akhirnya akan berbaik semula
Air tenang jangan disangka tiada buaya
Orang yang pendiam jangan disangka bodoh, penakut atau tidak berbahaya
Alah bisa tegal biasa
Pekerjaan yang susah jika selalu dilakukan akan menjadi senang
Alah membeli menang memakai
Barang mahal yang dibeli amat baik mutunya
Alang-alang mandi biar basah
Melakukan sesuatu kerja sehingga selesai
Belakang parang diasah lagikan tajam
Orang yang bodoh jika diajar dan berusaha, akan menjadi pandai juga akhirnya
Belum duduk sudah berlunjur
Melakukan sesuatu kerja sebelum masanya
Benih yang baik jikalau jatuh ke laut akan menjadi pulau
Orang yang berketurunan baik akan berkelakuan baik di mana-mana sahaja dia berada
Biar titik jangan tumpah
Lebih baik menanggung kerugian kecil daripada menanggung kerugian besar
Bumi mana tidak ditimpa hujan
Setiap orang tentu pernah melakukan kesalahan
Genggam bara api biar sampai jadi arang
Membuat sesuatu kerja yang susah hendaklah bersabar hingga berjaya
Indah khabar dari rupa
Khabar tentang sesuatu perkara biasanya dilebih-lebihkan
Jauhari juga yang mengenal manikam
Orang yang pakar dalam sesuatu bidang itu sahajalah yang mengetahui selok-belok bidang tersebut / Orang yang bijaksana juga yang mengetahui keelokan ilmu
Makin murah makin menawar
Makin diberi, makin banyak lagi yang diminta
Malas bergarit perut perit
Orang yang malas akan sentiasa kurang mendapat rezeki
Malu berdayung perahu hanyut
Kalau segan berusaha, seseorang tidak akan mendapat kemajuan
Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Mendidik anak hendaklah sejak kecil lagi
Melepas batok di tangga
Membuat sesuatu kerja sambil lewa dan cuai (asalkan siap) / Membuat sesuatu kerja tetapi tidak sampai selesai atau tidak sempurna
Menanam tebu dibibir mulut
Manis di mulut sahaja tetapi di hati tidak
Mencurah garam ke laut
Memberikan sesuatu yang tidak dihargai oleh si penerima / Melakukan kerja yang sia-sia
Nasi sudah menjadi bubur
Sesuatu kerosakan yang telah berlaku dan tidak dapat dielak lagi
Rosak badan kerana mulut
Padah akibat percakapan
Sarang tebuan jangan dijolok
Bahaya jangan dicari
Sediakan payung sebelum hujan
Hendaklah beringat-ingat sebelum mendapat kesusahan
Sudah jatuh ditimpa tangga
Kesusahan atau kecelakaan yang datang berturut-turut
Sudah terhantuk baru tengadah
Sudah terkena baru hendak beringat
Tepuk tangan sebelah tak berbunyi
Sesuatu kejadian itu tidak mungkin berlaku daripada suatu pihak sahaja
Ukur baju di badan sendiri
Melakukan sesuatu hendaklah mengikut kemampuan atau kebolehan diri sendiri

Pepatah
Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras
Semua yang dihajati dapat dicapai melalui wang
Ayam terlepas, tangan bau tahi
Orang yang ingin mencari keuntungan tetapi akhirnya menanggung kerugian atau malu
Bagaimana acuan, begitulah kuihnya
Biasanya perangai seseorang anak mirip kepada perangai ibu bapanya
Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam
Setiap orang mempunyai kehendak hati masing-masing
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian
Bersusah-susah dahulu supaya mendapat kesenangan di kemudian hari
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Bersama-sama memikul tanggungjawab sama ada kecil atau besar
Betapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
Betapa beratnya kita melihat kesusahan yang dialami oleh orang lain, berat lagi penderitaan itu pada orang yang menanggungnya
Bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar
Berhati-hatilah apabila menceritakan sesuatu rahsia
Biar putih tulang, jangan putih mata
Lebih baik mati daripada menanggung malu
Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali-kali
Berbuat baik hendaklah berhad, buat jahat jangan sekali-kali dibuat
Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
Pergaduhan diantara adik-beradik tidak berpanjangan, akhirnya akan berbaik semula
Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat
Pendiam yang pandai itu berguna tetapi pendiam yang bodoh itu tidak membawa sebarang faedah
Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan
Jika ada azam dan kemahuan untuk mencapai sesuatu maksud, tentu seseorang itu akan sedaya upaya mencari jalannya / Tiada apa yang mustahil bagi orang yang mempunyai tekad atau semangat untuk berjaya
Dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung
Kita hendaklah mematuhi adat atau peraturan tempat yang kita diami
Enggang sama enggang, pipit sama pipit
Bercampur gaul dengan orang yang sama kedudukannya
Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah
Pemerintah sama pemerintah berperang, rakyat yang susah
Mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan
Mengharapkan keuntungan lebih besar yang belum tentu diperoleh, apa yang ada terus terus dilepaskan
Harapkan pegar, pegar makan padi
Orang yang kita harapkan dapat menolong itu pula yang membinasakan
Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama
Setiap mausia dikenang kerana jasa bakti yang telah dilakukan semasa hidup
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
Usaha itu yang diperlukan, bukan alasan / Jika kita hendak melakukan sesuatu, kita akan menyempurnakannya dengan sedaya upaya kita dan demikian juga sebaliknya / Seseorang yang bercita-cita tinggi akan berusaha untuk mencapai cita-citanya walaupun terpaksa menghadapi berbagai-bagai halangan dan rintangan
Ingat sementara sebelum kena, jimat sementara sebelum habis
Sentiasa beringat-ingat dalam setiap pekerjaan
Jauh bau bunga, dekat bau tahi
Biasanya kita selalu terkenang akan sanak-saudara yang jauh dan apabila mereka berada dekat, pertengkaran yang sering berlaku
Jerat tak lupakan pelanduk, tetapi pelanduk lupakan jerat
Orang yang selalu menipu itu agak terlalai dengan amalannya tetapi orang yang kena tipu akan sentiasa berjaga-jaga
Kalah jadi arang, menang jadi abu
Dalam sesuatu pergaduhan, sama ada sesuatu pihak itu kalah atau menang, kedua-duanya akan sama-sama menanggung rugi
Kalau baik jadikan teladan, kalau jahat jadikan sempadan
Contohilah sesuatu yang baik dan jauhkanlah diri daripada sesuatu yang buruk itu
Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Jika tidak berusaha, kejayaan atau cita-cita tidak akan tercapai
Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa
Kebolehan dan kepandaian tidak semestinya terletak pada usia dan saiz seseorang
Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan
Menunjukkan perasaan gembira menerima sesuatu pertolongan
Kerbau dipegang talinya, manusia dipengang janjinya
Kita mesti menunaikan setiap janji yang telah dibuat
Kerja bertangguh tak menjadi, kerja beransur tak bertambah
Kalau sesuatu kerja itu ditangguhkan selalu, ia tidak akan selesai tetapi apabila dilakukan beransur-ansur akhirnya siap
Ketengah boleh, ketepi pun boleh
Dapat menyesuaikan diri dalam sebarang keadaan
Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak
Kesalahan orang lain nampak walaupun kecil tetapi kesalahan diri sendiri yang lebih besar tidak disedari
Lain dulang lain kakinya, lain orang lain hatinya
Setiap orang mempunyai keinginan yang berbeza
Lembu punya susu, sapi dapat nama
Orang lain yang berusaha, orang lain yang dipuji
Lepas dari mulut harimau, masuk ke mulut buaya
Setelah terlepas dari sesuatu bencana, bencana lain pula yang menimpa
Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Dapat menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan di mana seseorang itu berada
Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri
Orang yang tidak mahu mendengar nasihat
Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa
Kita harus berterima kasih kepada orang yang membantu kita
Orang lain yang makan nangka, orang lain yang kena getah
Orang lain yang bersalah, orang lain pula yang dituduh
Rambut sama hitam, hati lain-lain
Setiap orang mempunyai pendapat atau kemahuan yang berbagai-bagai
Rupa dapat diubah, tabiat dibawa mati
Terlalu sukar hendak mengubah tabiat dan perangai seseorang
Sekali jalan kena, dua kali jalan tahu
Setelah tertipu sekali, orang yang ditipu akan menjadi lebih berhati-hati
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga
Walau bagaimana pandai sekalipun seseorang itu, ada masanya dia membuat kesilapan
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
Sebelum kita melakukan sesuatu perbuatan, kita hendaklah berfikir terlebih dahulu agar tidak menyesal kemudian
Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan
Jika kita bersalah, kita harus cepat sedar dan insaf supaya tidak jauh terpesong
Setinggi-tinggi terbang bangau akhirnya hinggap di belakang kerbau juga
Walaupun jauh merantau, akan pulang ke tempat asal juga
Siapa makan lada, dia terasa pedas
Orang yang telah melakukan sesuatu kesalahan akan berasa tersindir jika hal itu disebut
Takut kerana salah, berani kerana benar
Orang yang salah sentiasa berasa takut dan orang yang tidak bersalah pula tidak berperasaan sedemikian
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya
Kata-kata yang telah diucapkan tidak dapat ditarik balik
Untung sabut timbul, untung batu tenggelam
Jika bernasib baik selamat, jika bernasib malang rugilah jawabnya
Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran
Keuntungan yang diharap-harapkan itu tidak dapat sedangkan yang sedia ada hilang pula